Perak Hari Ini

‘Patut Dia Bertanding Di Teluk Intan, Bukan Slim’ – Najib

SLIM RIVER: Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan isu anak tempatan terhadap calon Bebas Pilihanraya Kecil (PRK), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), berkata Amir Khusyairi tidak sepatutnya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sebaliknya bertanding di tempat asalnya di Teluk Intan.

“Calon Bebas ini orang Teluk Intan. Dia tak kenal masyarakat setempat.

“Tempat asal dia di Teluk Intan, patut bertandinglah di Teluk Intan. Mengapa bertanding di sini,” katanya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1597933632867″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana ‘Bossku’ di Bilik Gerakan Parti Makkal Sakti Malaysia, di sini, malam tadi.

Turut hadir calon BN PRK Slim, Mohd Zaidi Aziz; Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R S Thanenthiran.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1597933743229″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Justeru Najib menyeru agar pengundi di DUN Slim dapat memilih calon BN pada hari pengundian 29 Ogos nanti.

“Kita mahukan anak tempatan yang mana beliau membesar bersama-sama kita di sini, yang tahu perasaan dan hati masyarakat tempatan,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut pernah membangkitkan isu sama.

Walau bagaimanapun, Amir Khusyairi berkata persoalan tentang calon anak tempatan tidak penting.

Sebaliknya ujar beliau kredibiliti seorang calon lebih penting dalam memilih wakil rakyat Slim nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");