Perak Hari Ini

Pejuang Masih Tunggu ROS

SLIM RIVER: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan usul struktur organisasi parti tersebut.

Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, berbeza dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), partinya tidak mempunyai hiraki organisasi yang banyak.

“Sama seperti Bersatu yang mana ada jawatan Pengerusi dan Presiden serta Timbalan Presiden. Cuma Pejuang tidak ada jawatan Naib Presiden.

“Sebaliknya ia terus kepada Ex-Officio seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, dan Bendahari. Selapas itu ia terus kepada jawatan Majlis Eksekutif Tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ramah Mesra ‘Culaan’ dan Ziarah di FELDA Gunung Besout 1, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon bebas Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim, Amir Khusyairi serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sementara itu Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata beliau berharap agar urusan pendaftaran Pejuang dapat dibuat dalam tempoh 30 hari oleh Kementerian Dalam Negeri sebagaimana Bersatu didaftarkan sebelum ini.

Terdahulu media melaporkan Pejuang telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ROS pada Rabu.

Pada 7 Ogos lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang akan berasaskan kepada perjuangan Melayu.

Menurut laporan berkenaan, penubuhan Pejuang berbeza dengan parti Melayu lain yang dikatakan menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");