Berita Hari Ini

Pekerja Maut Tersepit Mesin Pengacuan

BAYAN LEPAS: Seorang pekerja kilang maut selepas tersepit pada mesin pengacuan (moulding) ketika bekerja di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung, di sini, hari ini.

BH Online melaporkan kerja mengeluarkan mayat mangsa Zaid Berahim, 33, yang tersepit mengambil masa kira-kira dua jam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata

pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.08 pagi tadi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati sebelah kanan tubuh lelaki berkenaan dalam keadaan tersepit pada mesin.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika kerja menyelamat dilakukan,” katanya kepada BH, hari ini.

Mayat mangsa dikeluarkan pada jam 6.09 pagi sebelum kes diserah kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");