Panasnya Hari Ini

Pembahagian Kerusi PN Selesai 50 Peratus – Hadi

MARANG: Isu pembahagian kerusi antara parti politik dalam Perikatan Nasional (PN) sudah 50 peratus selesai setakat ini, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Harian Metro melaporkan, beliau berkata, hal pembahagian kerusi dilakukan secara berperingkat dan ketika ini ada beberapa negeri yang sudah memulakan proses pengagihan kerusi.

“Kita tak boleh tetap tarikh lagi (selesai isu pembahagian kerusi), kita tetapkan peringkat demi peringkat. Rasanya sudah lebih 50 peratus dan ada sebahagian negeri sudah pun ada pembahagian.

“(Cuma) calon dan kawasan bertanding yang belum dipastikan lagi, tetapi kita nak pastikan akan menang berapa banyak kerusi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai penggunaan lambang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ahli Parlimen Marang itu berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai isu lambang memandangkan PRU belum ditetapkan lagi.

“Logo belum bincang lagi, PRU pun belum tetap lagi dan sama ada kita akan guna lambang PAS atau sebaliknya, tengok atas persetujuan Muafakat Nasional (MN) dan PN kerana perbincangan kini dimulakan dengan pembahagian kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PN bersedia untuk menghadapi PRU15 pada bila-bila masa sekiranya ia diadakan secara mengejut.

Bagi memperkuatkan kerajaan PN, katanya, mandat harus diberikan secara langsung kepada rakyat untuk memilih.

“Kita bersedia bila-bila masa, kita perlu usaha kerana perlu mendapat mandat secara langsung daripada rakyat.

“Sekarang ini, kita dapat mandat daripada wakil rakyat. Ahli Parlimen pilihan rakyat membuat persetujuan sehingga kita mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan PN, jadi supaya kerajaan lebih teguh, perlu kepada mandat secara langsung daripada rakyat.

“Mengenai kesepakatan PN yang bersetuju meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15, ia dilihat menerusi prestasi Perdana Menteri berdasarkan kaji selidik serta tindak balas daripada rakyat,” katanya.

Mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menyatakan bahawa MN tidak berlaku di Terengganu, Abdul Hadi berkata, ia hanya pandangan peribadi bekas menteri besar itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");