Panasnya Hari Ini

Pemuda Umno Johor Ingatkan PM ‘Jangan Lebih Sudu Dari Kuah’

Pemuda Umno Johor menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar yang disokong Muafakat Nasional (MN).

Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata PN hanya gabungan sementara untuk “menyelamatkan negara” daripada PH.

“Itu faktor utama PN dibentuk.

“Ia bukan gabungan rasmi atau yang terbesar di negara ini,” katanya dalam kenayataan bertajuk “Setuju masuk MN kenapa perlu mendokong PN?”

Muhyiddin pada 15 Ogos lalu mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti itu bersetuju menyertai MN dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“?Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition,” katanya.

Muhyiddin Yassin 

Dalam kenyataan hari ini, Hairi berkata Umno telah pun membuat keputusan tidak menyertai PN walaupun ia didaftarkan secara rasmi untuk berdepan pilihan raya umum akan datang memetik MalaysiaKini.

“Parti Bersatu ingin menyertai MN tetapi biarlah MN selepas ini menjadi satu gabungan besar untuk menerajui tanah air tercinta ini.

“Saya hanya ingin meingatkan jangan lebih kuah dari sudu harapnya,” katanya.

Katanya, dalam mencapai penyatuan ummah, jadi jangan ada makna tersiratdi sebalik keputusan Bersatu menyertai MN.

“Berhati-hatilah dan juga bersifat adillah supaya jangan nanti, yang dikejar pun tak dapat, yang dikendung pula keciciran,” katanya.

Naib Presiden Umno Khaled Nordin sebelum ini turut memberi peringatan kepada Bersatu, beberapa jam selepas Muhyiddin mengumumkan menyertai MN.

Khaled berkata kemasukan Bersatu dalam MN janganlah digunakan pula untuk mendesak Umno menyertai PN.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");