Perak Hari Ini

Pendaki Maut Selepas Ditemui Tidak Sedarkan Diri

IPOH- Sorang pendaki disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika mendaki Bukit Kledang di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menerima panggilan memaklumkan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.30 pagi dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa sampai dilokasi kejadian, mangsa seorang lelaki cina berumur 48 tahun didapati tidak sedarkan diri dikaki bukit selepas menjalani aktiviti hiking.

“Anggota membuat pemeriksaan keatas mangsa namun masih tidak sedarkan diri,” katanya

Menurut laporan, Ketua Operasi, PBK II TBK Omar Mahmud bertindak menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa, Chai Cheong Loon, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Operasi menyelamat mangsa tamat pada jam 11.15 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");