Berita Hari Ini

Pendapatan kerajaan susut hingga 30% kerana Covid-19, kata menteri

PENDAPATAN Malaysia dijangka berkurangan antara 20% hingga 30% kerana wabak Covid-19, kata Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri kewangan itu ketika berucap di Dewan Rakyat juga mengesahkan hutang kerajaan sudah mencapai tanda aras RM1 trilion.

“Pendapatan kerajaan dijangka menjadi RM244 bilion dalam Belanjawan 2020.

“Tetapi, ini dijangka jatuh sebanyak 20%-30% kerana kesan wabak Covid-19,” katanya.

Kerajaan, bagaimanapun, tidak menjangkakan yang defisit berkembar (defisit fiskal dan akaun semasa) kerana wujud baki mencukupi dalam akaun semasa kerajaan.

“Kami menjangkakan antara 5.8% sehingga 6% defisit belanjawan kerana kesan suntikan fiskal RM45 bilion untuk Covid-19.

“Tetapi, tidak akan ada defisit berkembar kerana kedudukan akaun semasa adalah sihat.

“Tambahan pula, undang-undang membenarkan kita meminjam duit untuk membiayai kewangan kita,” tambahnya.

Tengku Zafrul menjawab pertanyaan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng sama ada pendapatan kerajaan akan berkurangan disebabkan wabak Covid-19. Lim juga bertanya sama ada akan berlaku defisit berkembar.

Awal hari ini, kerajaan membentangkan RUU membenarkan langkah sementara berkaitan pembiayaan kerajaan diambil, termasuk menaikkan siling hutang daripada 55% kepada 60%.

Tengku Zafrul, bagaimanapun, tidak menjelaskan rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah pengurangan pendapatan ini.

Menyentuh isu hutang kerajaan, Tengku Zafrul berkata ia hampir mencecah RM1.4 trilion.

“Pada suku pertama 2020, pinjaman kerajaan adalah RM823 bilion.

“Jika awak tambah jaminan kerajaan untuk kontrak RM166 bilion dan pinjaman lain RM166 bilion, jumlah hutang kita sekarang adalah RM1.264 trilion.”

Persoalan tentang jumlah sebenar hutang kerajaan sudah lama jadi kemelut antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

BN bertegas yang jumlah hutang kerajaan di bawah RM1 trilion, sementara PH berkata jumlah itu lebih tinggi kerana jaminan kerajaan untuk kontrak yang dikeluarkan.

Ucapan Zafrul selama 45 minit itu diganggu celahan dan ditamatkan lebih awal kerana wakil rakyat bertelagah mengenai isu lama seperti sama ada kerajaan BN “mencuri” pendapatan kerajaan yang dikutip menerusi Cukai Barangan dan Perkhimatan (GST) sebelum PH berkuasa pada 2018.

Sidang Dewan Rakyat berakhir sebelum 7 malam, ditangguhkan oleh Speaker Azhar Azizan Harun kerana wakil rakyat pembangkang mendakwa Zafrul tidak menjawab soalan dikemukakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");