Berita Hari Ini

Penganggur Ditahan Menyamar Polis

KLANG: Polis menahan seorang penganggur yang menyamar sebagai anggota polis dan mengugut seorang warga asing di Jalan Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kejadian jam 9 malam itu suspek yang berusia 38 tahun pergi ke rumah mangsa dengan berpakaian biasa.

“Suspek menyuruh mangsa iaitu lelaki warga Indonesia berusia 52 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan untuk membuka pintu rumah dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis tanpa memaklumkan tujuannya.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa merasa curiga serta takut sebelum menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bergerak secara sendirian malah mengakui baru pertama kali melakukan jenayah berkenaan.

“Suspek direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");