Perak Hari Ini

Pengundi Atas Pagar Penentu Kemenangan PRK Slim – Mukhriz

SLIM RIVER: Jentera calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusia akan memberi lebih tumpuan kepada pengundi di ‘atas pagar’ bagi menentukan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia kerana mereka ada kelompok pengundi yang akan menentukan kemenangan dalam PRK tersebut yang dijadualkan berlangsung 29 Ogos ini

“Kita sedang berusaha untuk menarik undi daripada atas pagar kerana kita merasakan kelompok pengundi tersebut telah berpecah dua.

“Justeru kita melihat siapa yang berjaya menawan hati mereka, dialah yang akan menang pada PRK Slim ini,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Bakal Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata sokongan undi daripada pengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu akan memberi nilai tambah kepada Amir Khusyairi yang mewakili partinya.

“Berbanding PRU-14, saya merasakan peluang kita kali ini lebih cerah, dengan sokongan dan kerjasama baik daripada PH.

“Ini akan menjamin sokongan undi yang kita peroleh pada PRU-14, dan ia ditambah dengan sokongan undi daripada atas pagar,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ramah Mesra ‘Culaan’ dan Ziarah di FELDA Gunung Besout 1, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon bebas Amir Khusyairi serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Untuk rekod, Pada PRU14, penyandang kerusi DUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Mohd Khusairi memperoleh 8,327 undi.

Allahyarham ketika itu menewaskan calon Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim yang meraih 6,144 undi dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal (4,103 undi).

Sementara itu, Mukhriz berkata pengundi di DUN Slim mula menunjukkan reaksi positif terhadap Amir Khusyairi.

Katanya walaupun mempunyai jentera yang besar namun, kehadiran calon bebas itu mampu memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");