Perak Hari Ini

PERHILITAN Perkenal Modul Baru Untuk Pastikan Kelansungan ZPT

TAIPING- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merancang untuk mengemukakan satu modul baru dalam memastikan kelangsungan Zoo dan Pemeran Tetap (ZPT) di negara ini jikalau pendermik seperti Covid-19 berulang lagi.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, modul tersebut diperkenalkan ekoran daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kehadiran pelancong di ZPT seluruh negara telah terjejas.

Katanya, modul tersebut adalah sebagai persediaan dalam menghadapi suasana yang tidak menentu supaya dalam apa-apa keadaan sekalipun, ZPT dapat berfungsi dengan baik.

“Kita lihat apabila pendermik Covid-19 berlaku dalam negara kita, keseluruhan zoo dan pusat pameran haiwan yang dilesenkan oleh kementerian melalui Jabatan Perhilitan terjejas akibat daripada kehadiran pelancong yang amat kurang dalam tempoh tiga bulan iaitu pada April, Mei dan Jun dan sebelum itu,.

“Melihat kepada keadaan itu, pendapatan zoo sudah tentu akan menjejaskan penyediaan makanan kepada haiwan dan juga menjejaskan kewangan untuk pengurusan pembayaran gaji dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas hadir merasmikan Sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah Peringkat Kebangsaan 2020, Zoo Taiping di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini terdapat lebih kurang 20 zoo dan 14 pusat pemeran di seluruh negara.

Katanya lagi, sebanyak RM10 juta diperlukan oleh ZPT sepanjang PKP, namun Kerajaan Persekutuan melalui dana prihatin kebajikan hidupan liar telah memohon sebanyak RM8.3 juta akibat wabak COVID-19 dan memerlukan bantuan bagi menjamin kelangsungan hidupan liar dalam ZPT termasuk harimau dan gajah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Abdul Kadir Abu Hashim berkata jika berlaku lagi pendermik seperti itu pada masa akan datang, pihak ZPT sudah tentu boleh menampung perbelanjaan tersebut melalui modul berkenaan.

“Dengan modul baru ini, kita menjangkakan kalau berlaku benda macam ini dalam tempoh enam bulan, boleh sekat masalah ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");