Perak Hari Ini

Pertembungan Tiga Penjuru Di PRK Slim

TANJONG MALIM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, pada 29 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Ia melibatkan pertandingan antara Mohd Zaidi Aziz, 43 yang mewakili BN, serta dua calon Bebas iaitu Prof S Santarasekaran, 44 serta Amir Khusyairi Mohamad Tanusi 38, yang juga merupakan calon Parti Pejuang.

Pejuang merupakan parti baharu yang diumumkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi mengemukakan kertas penamaan calon.

Bagi penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal calon pula tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Santarasekaran merupakan calon pertama yang tiba dan menghantar borang di pusat penamaan calon di Dewan Sri Tanjong di Majlis Daerah Tanjong Malim, di sini, pada jam 8.50 pagi.

Ia diikuti Mohd Zaidi Aziz tujuh minit selepas itu dan calon Bebas, Amir Khusyairi pula tiba pada 8.59 pagi.

Pengumuman penamaan calon dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Slim, Shamsul Ridzuan Idris selepas proses penamaan tamat pada jam 10 pagi.

Beliau mengesahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima semua kertas pencalonan oleh ketiga-tiga calon pagi ini.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu, akibat serangan jantung.

Ia dijadualkan pada 29 Ogos dengan 15 Ogos sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal pada 25 Ogos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");