Perak Hari Ini

PKPD Pentadbiran Di Kedah Tak Halang Kelangsungan Saingan Liga M

IPOH- Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di Kedah tidak akan menghalang kelangsungan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bersambung pada 26 Ogos ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, Liga M yang terhenti lebih empat bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada masalah untuk diteruskan kerana kesemua para pemain yang terlibat telah melakukan ujian swab.

“Liga M akan bermula ‘on track’ kita pun taknak dengar yang lain dan kita harap pasukan semua sudah bersedia kerana dah keluarkan perbelanjaan dan yang penting mereka patuh Prosedur Standard Operasi (SOP).

“Kita berharap agar pertandingan dapat dilansungkan seperti dijadualkanlah,” katanya kepada media semasa menghadiri Kongres Tahunan Kali Ke-62 dan Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) 2020 di sini, hari ini.


Jelas beliau, setakat ini pihak FAM juga hanya membenarkan pasukan yang disaring sahaja bermain dan tidak melibatkan orang luar.

“Setakat ini kalau bermain kita tiada masalah sebab semua pemain telah melakukan swab test di mana hanya pemain yang kita benarkan dalam pasukan ini dan kalau bagi berlawan persahabatan juga hanya bersama pasukan yang sudah menjalani proses ini.

“Kita tidak ambil pasukan dari luar yang tidak mengambil saringan ini. Jadi sebenarnya dari segi pertandingan SOP sudah cukup dan tidak akan tertanggu dengan ini.

“Mungkin ada masalah tertentu tetapi dari segi SOP pemainan dan pertandingan semua sudah dipatuhi dan kita tidak nampak kes yang melibatkan pemain dalam dalam kategori disaring atau pasukan negeri malah selepas dibuat saringan belum ada lagi kes yang melibatkan pemain ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihak PAFA berjaya mengekalkan kesemua pegawai dan pemain tanpa perlu membatalkan kontrak mahu pun membuat pemotongan gaji.

”Kalau kita lihat ada bebarapa persatuan terkesan dengan masalah gaji pemain yang tertangguh tetapi saya faham dimana walaupun tertangguh akan dibayar juga tetapi ini tidak berlaku di Perak jadi saya ucap tahniah kepada presiden Perak FA,” katanya.

Tambah beliau, pihak FAM juga akan memastikan persatuan bola sepak negeri hidup bagi kelangsungan kepada pemain supaya mendapat tempat untuk bermain.

“Setakat ini kita masih memantau keadaan ini dan FAM mengambil maklum tetapi FAM sendiri terkesan juga bukan persatuan bola sepak negeri yang terkesan dengan apa yang berlaku ini, jadi mungkin Presiden FAM akan mengambil langkah-langkah yang sesuai saya fikir untuk kita memastikan kelangsungan Liga ini.

”Kita pun tidak mahu tahun hadapan mungkin ada pasukan yang terpaksa atau terkubur akibat daripada isu ini, selagi boleh kita akan membantu pasukan ini supaya mereka dapat bersaing ini pada musim akan datang kerana pada saya liga ini penting untuk kita jaga supaya pemain ada tempat untuk bermain kerana jika sudah ditutup kita boleh bayangkan berapa pemain yang tidak akan ada tempat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");