Perak Hari Ini

PN Dianggotai 5 Parti, Kata Azmin

SLIM RIVER: Perikatan Nasional (PN) akan dianggotai lima buah parti Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya terdapat sebahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai PN.

Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu tidak menjelaskan secara lanjut sebaliknya berkata ianya akan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelak.

“Setakat ini sebanyak lima parti komponen PN yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Perdana Menteri akan buat pengumuman dalam masa terdekat berkenaan status permohonan PN.

“Kepada anggota parti lain kita terbuka kerana matlamat kita adalah sama iaitu untuk memastikan kerajaan PN yang stabil.

“Ini kerana hanya dengan kestabilan sahaja kita dapat menjamin keutuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Media Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilaporkan berkata logo dan butiran lanjut berkenaan PN akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Pada perkembangan sama, Azmin berkata hubungan antara parti yang bersama-sama PN sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri semakin utuh.

Katanya kerjasama itu dapat diterjemahkan melalui PRK Slim dan Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung nanti.

“Kita menghadapi pelbagai bentuk cabaran namun kita tidak boleh menafikan bahawa melalui perpaduan yang utuh ini ia dapat menyelesaikan banyak masalah dalam beberapa bulan ini seperti isu politik, ekonomi dan kesihatan.

“Kita harus menerima hakikat bahawa pada masa ini dunia mengakui kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN adalah pentadbiran terbaik di dunia dalam menguruskan usaha-usaha pemulihan,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");