Panasnya Hari Ini

PN Mungkin Buat Pindaan Nama Untuk Pendaftaran

Perikatan Nasional (PN) perlu membuat sedikit pindaan nama jika ingin didaftarkan sebagai entiti politik berdaftar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohd Redzuan Yusof, berkata buat masa ini urusan pendaftaran PN sedang dilakukan, namun ada isu teknikal yang perlu diselesaikan.

“Kita sudah hantar untuk pendaftaran. (Nama) PN ada NGO lain (pakai), kita kena ubah, seperti (memasukkan) parti PN.

“Ia isu pentadbiran,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Asari dilaporkan media berkata pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan parti, sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) seminggu sebelum itu.

Beliau berkata keputusan mengenai pendaftaran secara rasmi gabungan itu akan diketahui dalam masa terdekat lapor MalaysiaKini.

PN ditubuhkan selepas Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan dengan Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Umno memutuskan untuk tidak menyertai PN secara rasmi dan akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata Bersatu memerlukan MN bagi membentuk gabungan besar bersama Umno dan PAS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");