Berita Hari Ini

Polis Tahan 315 Ingkar PKPP, 127 Tak Pakai Pelitup Muka

PETALING JAYA: Polis menahan 315 orang kerana mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dan 127 lagi kerana tidak memakai pelitup muka, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, 3 daripada 315 orang yang mengingkari arahan PKPP itu direman, manakala bakinya dikompaun.

Katanya 4,286 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai lalu hingga semalam dihantar ke 21 stesen kuarantin, manakala 13 lagi dihantar ke hospital.

Beliau berkata, 28 ditahan kerana melanggar SOP kuarantin, selepas polis melakukan 2,263 pemeriksaan ke atas individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");