Berita Hari Ini

Presiden Turki Arah Sebuah Lagi Bekas Gereja Menjadi Masjid

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan sebuah lagi gereja lama Ortodok yang kemudiannya menjadi muzium popular di Istanbul, diubah semula menjadi masjid bagi kegunaan umat Islam beribadat di negara itu.

BH Online yang memetik AKP melaporkan keputusan mengubah Muzium Kariye kepada masjid dibuat hanya sebulan selepas kontroversi sama membabitkan transformasi Hagia Sophia, juga sebuah bekas gereja, menjadi masjid.

Pertukaran status muzium yang diiktiraf oleh Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu mengundang kecaman Barat, terutama Greece.

Kedua-dua perubahan itu mencerminkan usaha Erdogan bagi menggembirakan penyokongnya yang bersifat konservatif dan nasionalis di saat Turki sedang bergelut dengan inflasi dan ketidakpastian ekonomi disebabkan COVID-19.

Kementerian Luar Greece menyifatkan keputusan itu sebagai sebuah lagi provokasi

terhadap individu beragama oleh kerajaan Turki.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia yang terletak di tebing barat bersejarah muara Golden Horn di wilayah Istanbul yang bersebelahan dengan Eropah.

Gereja The Holy Saviour di itu adalah sebuah gereja zaman Byzantine abad pertengahan yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian yang amat dihargai di serata dunia.

Ia kemudian ditukar menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Constantinople oleh Empayar Uthmaniyyah Turki pada 1453.

Ia kemudian bertukar menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia II, selaras dengan usaha Turki menjadi lebih sekular dengan menyisihkan saki baki pengaruh Empayar Uthmaniyyah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");