Berita Hari Ini

PRK Slim Akan Guna Pakai Garis Panduan PRK Chini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini akan mengguna pakai garis panduan PRK Chini sebelum ini.

Dalam masa sama, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, terdapat beberapa penambahbaikan termasuk garis panduan yang telah ditetapkan.

Antara penambahbaikan yang dipersetujui, kata beliau ialah Bilik Gerakan Parti dan Bilik Gerakan Kecil dibenarkan dibuka sepanjang tempoh pilihan raya termasuk hari mengundi dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kempen dan ceramah hanya dibenarkan dilaksanakan di kawasan yang tertutup atau di kawasan yang berpagar sahaja bagi memudahkan proses pemantauan dan pemeriksaan suhu badan,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.

Jelasnya, Bilik Gerakan Parti politik perlu didaftarkan dengan SPR terlebih dahulu bagi memudahkan pemantauan.

Sementara jumlah kehadiran bagi ceramah perlu mengikut keluasan kawasan dengan penjarakan fizikal dan tidak boleh melebihi 250 individu pada satu-satu masa.

Sepanjang pilihan raya kecil dijalankan, tegas Ismail Sabri, pemakaian pelitup muka diwajibkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, waktu keluar mengundi pula digalakkan mengikut ketetapan SPR bagi mengelak kesesakaan berlaku di pusat mengundi.

Kesemua SOP itu, jelas Ismail Sabri, ditetapkan berdasarkan Akta 342, dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");