Perak Hari Ini

PRK Slim: “Awak Janji Jangan Lompat Tau..” – Nasihat Tun Mahathir Kepada Amir Khusyairi

SLIM RIVER: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tidak akan ‘melompat’ menyertai parti lain sekiranya menangi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ketika berucap dalam Ceramah Perdana di FELDA Besout 3, di sini, hari ini, Amir Khusyairi dilihat tampil berdiri di sebelah Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu.

Mahathir kemudiannya berucap sambil menyampaikan pesanan kepada calon daripada partinya itu untuk tidak menerima sebarang tawaran untuk melompat parti.

“You janji tau yang ini bukan kerana duit. Jangan nanti Barisan Nasional (BN) datang dekat you, kata akan beri tawaran RM5 juta untuk lompat dan kau pun lompat.

“Orang di sini memilih you bukan kerana hendak bagi ‘harga diri’ you baik. Kamu dipilih supaya dapat berkhidmat pada semua orang di sini,” katanya sambil disambut tepukan dan sorakan daripada sekitar 200 yang hadir.

Tambahnya lagi, beliau berharap agar Amir Khusyairi dapat membantu menyelesaikan beberapa isu yang dikatakan membelenggu peneroka FELDA selama ini.

“Orang FELDA sampai berhutang beratus ribu ringgit. Ada yang janji dibayar namun tidak dibayar. Jadi ini semua tanggungjawab, tau.

“Ini ikhlas depan semua orang. Kalau tidak buat, saya akan ‘godam’ dia,” kata Mahathir kepada Amir Khusyairi dalam nada seloroh.

Ceramah tersebut turut dihadiri, isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PRK DUN Slim menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz serta dua calon Bebas iaitu kepada Amir Khusyairi serta Santhara Sekaran Subramaniam.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Pengundian awal ditetapkan pada 25 Ogos manakala hari mengundi pada 29 Ogos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");