Perak Hari Ini

PRK Slim: Calon Bertanding Berpuas Hati Perjalanan Hari Pengundian

SLIM RIVER: Kesemua 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang melibatkan 54 saluran mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim mula dibuka jam 8 pagi tadi.

Seramai 22,749 pemilih yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi membuat penentuan wakil rakyat baharu di DUN berkenaan, hari ini.

Persaingan pada PRK tersebut membabitkan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas, S Santharasekaran serta Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang juga merupakan calon tunggal Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Kesemua calon yang ditemui pemberita ketika melawat di pusat-pusat mengundi pagi tadi berpuas hati dengan perjalanan pembuangan undi .

Amir Khusyairi yang hadir meninjau ke Sekolah Kebangsaan Besout 5, dekat sini pada sekitar jam 8.10 pagi tadi menyeru agar semua pengundi dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Calon sudah tidak dibenarkan berkempen hari ini namun harapan kita agar semua pengundi agar dapat menjalankan tanggungjawab hari ini. Walau bagaimanapun apa juga keputusan, kita tunggu malam ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi yang meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, di sini sekitar jam 10 pagi turut berpuas hati dengan perjalanan pengundian yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Terima kasih kepada petugas SPR dan petugas- petugas keselamatan yang berjaya mengawal keadaan di pusat mengundi.

“Jentera BN juga turut membantu memudahkan proses bagi mengiringi pengundi ke pusat pengundian khususnya dalam kalangan warga emas dan yang kurang berupaya,” ujar beliau.

Semalam Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata beliau menyasarkan 85 peratus jumlah pengundi biasa keluar mengundi, berbanding sasaran 70 peratus sebelum ini dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");