Perak Hari Ini

PRK Slim: Calon BN Nafi Bersatu Tidak Dilayan Sebagai Rakan Kongsi Setaraf

TANJONG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz, 43, menafikan dakwaan bahawa Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) tidak dilayan sebagai rakan kongsi setaraf.

Katanya, dakwaan tersebut adalah sebagai satu provokasi kepada kerjasama Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan sebagai pengukuh sesebuah kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga telah hadir di bagunan UMNO Bahagian Tanjong Malim pada pagi tadi bagi memberi sokongan kepada beliau.

“Itu tidak benar kerana kita macam mana pun kita sepakat dalam PN dan kita bersama, pada pagi tadi Menteri Besar hadir bersama dengan pimpinan kanan negeri dan bahagaian, InshaAllah kita bersama.

“Biasalah mungkin provokasi, orang akan bercakap macam-macam tapi di peringkat kita, kita telah sepakat dan kerjasama itu demi mengukuhkan kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas selesai pengumuman calon, di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), di sini, hari ini.

Menurut beliau, Bersatu juga menyatakan persediaan dan juga kesanggupan bersama dengan BN dari segi jentera, gerak kerja dan mengeluarkan pengundi pada hari pengundian nanti.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berkenaan dengan penyertaan blok Bebas dari Pejuang itu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili parti baharu ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, parti Pejuang memang memberi cabaran kepada beliau kerana mendapat sokongan dari Tun Mahathir, namun akan cuba diatasi.

“Saudara Amir Khusyairi saudara saya, kawan saya, saya kenal beliau dan beliau berada bersama Tun M InshaAllah kita akan berkempen dan bertanding secara sihat,” katanya.

Katanya lagi mengulas tentang pencalonan S.Sentharasekaran yang mana menurut beliau adalah satu perkara yang mengejutkan.

“Saya agak terkejut, beliau seorang guru mengajar di sini, di Sekolah Kebangsaan Behrang 2020, InshaAllah kita bersama dan saya ada bersembang dengan beliau.

“Maknanya kita sama-sama akan berkempen secara sihat dan membawa mandat rakyat untuk kita angat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim telah dicadang oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman dan disokong Setiausaha MIC Bahagian, G Mahendran pada jam 9.03 pagi tadi dan menjadi calon kedua bagi PRK kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");