Perak Hari Ini

PRK Slim: Fokus Rakyat Kepada Calon Kurang Berpolitik

TANJONG MALIM- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan keyakinan beliau kepada pengundi di DUN Slim di mana mereka akan memilih calon yang kurang berpolitik.

Malahan, beliau juga yakin rakyat akan memberi sokongan kepada pihak kerajaan yang selama ini berusaha membantu rakyat tatkala negara ini berdepan dengan penulalaran wabak Covid-19.

“Kita yakin rakyat akan memilih untuk tidak terlalu berpolitik tetapi lebih fokus kepada usaha-usaha kerajaan bagi menangani wabak Covid-19 dan menyelesaikan masalah pemberhentian kerja dalam kalangan rakyat dan memberi peluang perniagaan, pekerjaan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media di Bangunan UMNO Bahagian Tanjong Malim pagi tadi.

Tambah beliau, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN) dan Pas juga bersatu hati dalam memberikan sokongan kepada Mohd Zaidi Aziz sebagai calon yang dipilih.

“Jentera Bersatu dengan PAS dan komponan lain dalam BN besatu hati memberi sokongan padu kepada Mohd Zaidi selaku calon yang sama-sama kita telah pilih untuk kita ketengahkan. Kami satu hati dalam perkara ini.

“Kami akan membantu kempen dan sebagainya. Saya harap pada mana-mana pihak yang terlibat dalam pertadingan ini tidak mengambil peluang untuk mengamalkan politik caci-cela tetapi fokus kepada membawa agenda,” katanya.

Katanya lagi, beliau bersyukur kerana ada kesepaduan erat antara parti dan yakin rakyat akan selesa dengan kerjasama itu serta akan memberi sokongan Mohd Zaidi sebagai calon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");