Perak Hari Ini

PRK Slim: Saya Bukan Mahu Pecah Undi – Calon Bebas

TANJUNG MALIM – Calon Bebas Prof S Santharasekaran, 44 menafikan kehadirannya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bertujuan mahu memecah bilangan undi.

Sebaliknya beliau berkata kehadirannya itu adalah sebagai mengotakan impiannya yang meminati bidang politik selain menambah ayahnya juga merupakan seorang ahli politik daripada MIC

Bekas guru di SK Bandar Behrang 2020, di sini itu menyifatkan umurnya kini yang menjangkau 44 tahun adalah tempoh masa sesuai untuk menceburi arena politik.

“Sekiranya saya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan memajukan kawasan Slim dengan memberi fokus kepada bidang pendidikan,” katanya.

Selain itu, anak jati Behrang itu berkata beliau turut memberi fokus kepada kepentingan alam sekitar.

“Pada pandangan saya, isu alam sekitar adalah isu yang penting. Justeru saya ingin mendidik masyarakat setempat terhadap kepentingan isu tersebut.

“Saya tidak mahu masyarakat yang berpendidikan namun tidak mempedulikan isu alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai pengumuman secara calon bertanding PRK Slim di Dewan Sri Tanjong di Majlis Daerah Tanjong Malim, di sini, hari ini.

Pada PRK tersebut, ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang menampilkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, serta dua calon Bebas iaitu Santharasekaran, dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");