Berita Hari Ini

PRK Slim: SPRM buka 3 bilik gerakan Sabtu ini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka tiga bilik gerakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad berkata, bilik gerakan yang beroperasi 24 jam itu akan dibuka di pejabat SPRM di Ipoh, Teluk Intan dan Taiping, sebaik sahaja selesai proses penamaan calon PRK tersebut Sabtu ini.

“Sebarang aduan boleh dilakukan dengan menghubungi pejabat atau hadir ke bilik gerakan tersebut dan pihak SPRM akan menjalankan siasatan secara telus dan terperinci.

“Saya juga akan menghantar pegawai ke kawasan terlibat (DUN Slim) untuk membuat pemantauan secara berkala,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama kakitangan Syarikat Manjung Naluri Sdn Bhd di Lumut, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim diadakan 29 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 15 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos, berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, menyaksikan Mohd Khusairi, yang mewakili BN, mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");