Perak Hari Ini

PRK Slim: Strategi Telah Disusun, Kata Calon ‘Pejuang’

TANJUNG MALIM – Calon Bebas Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tidak gusar digelar calon ‘underdog’.

Malah, calon sulung parti penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanah Air atau ‘Pejuang’ itu sudah bersedia dengan strategi tertentu bagi memenangkan hati pengundi di DUN Slim.

“Walaupun kita adalah calon ‘underdog’, namun dalam apa-apa pertandingan, kami tetap mahu menang.

“Kami sudah menyusun banyak strategi dan jentera kami adalah jentera yang menyeluruh, yang datang dari seluruh tanah air bagi membantu menggembleng tenaga di sini.

“Insyallah kami akan cuba terjemahkan ia sedaya upaya dalam siri kempen kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai pengumuman senarai calon bertanding PRK Slim di Dewan Sri Tanjong di Majlis Daerah Tanjong Malim, di sini, hari ini.

Dalam PRK tersebut, peguam syarie dan peguam bela itu memilih logo ‘pokok’ sebagai logo yang mewakili dirinya sebagai calon bebas.

Ditanya berkenaan pemilihan logo tersebut, Amir Khusyairi berkata akar pokok menggambarkan asas dan pendirian yang kuat sementara daun yang merimbun melambangkan pelindungan kepada masyarakat di DUN Slim.

“Kami mempunyai idea dan aspirasi yang kami bawa. Seperti saya sebutkan sebelum ini, PRK ini adalah langkah pertama kami.

“Banyak isu yang perlu diperbetulkan khususnya berkenaan isu setempat serta landskap politik negara yang kami rasa perlukan perubahan.

“Ianya penting bagi menjamin proses demokrasi politik negara yang lebih baik,” tambah beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");