Perak Hari Ini

PRK Slim: Syed Saddiq Persoal BN Jemput Najib

SLIM RIVER: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri kempen parti itu di Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Syed Saddiq menggambarkan tindakan tersebut sama seperti yang diutarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung Keputusan meletakkan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya memetik kata-kata Datuk Seri Abdul Rahman yang menyebut ia merupakan tindakan ‘bunuh diri’ jika disandarkan kepada individu yang sudah disabitkan ke mahkamah atau mempunyai kes-kes tertentu, bagi menggerakkan jentera pilihanraya.

“Abdul Rahman memberi komen itu terhadap Bung Moktar. Jika Bung Mokhtar pun yang belum lagi disabitkan ke mahkamah, apatah lagi jika individu yang sudah disabitkan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pelepasan Konvoi Anak Muda di perkarangan Bilik Gerakan Calon Bebas PRK Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad, kini berhadapan perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Sementara pada Pada 28 Julai lalu, Najib pula dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berharap agar pengundi muda dapat memberi sokongan kepada muda dan atas pagar di DUN Slim dapat memberi sokongan kepada Amir Khusyairi.

Ujar beliau, Amir Khusyairi mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perundangan, politik dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");