Perak Hari Ini

PRN Sabah: Siapa Ketuai BN Tak Penting, Kata Mohamad Hasan

TANJONG MALIM- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa tidak penting jika siapapun individu yang mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, keputusan untuk meletakkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilakukan atas rundingan dimana keputusan Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi dilakukan atas asas parti.

“Siapa mengepalainya tidak penting yang penting parti, parti kita nak menang sebab bila parti masuk pilihanraya tujuan kita adalah nak menang untuk menubuhkan kerajaan.

“Kalau pilih siapa-siapa pun dia punya kaedah sama juga kerana jika kita faham bahawa keutamaan kita adalah parti mesti menang dan untuk menang di Sabah bukan satu perkara yang mudah kerana kita akan berhadapan dengan kerajaan sedia ada yang mempunyai kelebihan yang bermacam-macam,” katanya ketika ditemui media semasa Program Sembang Santai Minum Pagi di Bangunan UMNO Tanjong Malim, di sini, hari ini.




Ujar beliau, keputusan yang dibuat itu adalah hasil dari rundingan yang baik di mana semua pihak perlu menerima keputusan tersebut dengan berlapang dada.

“Telah berunding elok-elok dan semua mesti menerima kerana itu lah keputusan yang dibuat oleh parti yang telahpun diputuskan oleh presiden. Jadi kita harap supaya semua orang menerimanya.

“Jadi saya harap supaya jangan berpecah-pecah, jangan kita bersengketa, kita mesti satukam tumpuan untuk kita cari jalan macam mana kita nak menggerakkan jentera dan jentera amat penting untuk memastikan kemengangan dalam pilihanraya,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan yang sedia ada di Sabah iaitu kerajaan Warisan juga akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan kerajaan mereka, jadi BN perlu berkerja keras dalam PRN akan datang.

“Kita pula perlu berkerja kuat untuk kita pastikan rakyat atau pengundi memberikan sokongan kepada kita.

“Jadi jangan berpecah-pecahlah kerana jika berpecah adalah resipi untuk kita kalah. Jadi belum masuk gelanggang lagi kita dah kalah, tak guna juga.” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");