Berita Hari Ini

PRN Sabah: UMNO Umum Senarai Penuh Calon 2 Minggu Lagi

KOTA KINABALU: Senarai penuh calon UMNO yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pengumuman akan dibuat selepas selesai rundingan dengan rakan komponen serta parti sekutu mengenai kedudukan kerusi.

Katanya, rundingan itu akan diadakan dalam tempoh terdekat susulan keputusan parti untuk berdepan Parti Warisan Sabah (WARISAN) di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan.

“Kita sudah putuskan UMNO-BN dan rakan lain di mana kita akan bertanding di 73 kerusi melawan WARISAN.

“Bermakna, UMNO Sabah akan berunding dalam kalangan komponen BN dalam sehari dua ini dan seterusnya kita akan berunding dengan rakan kita yang bukan pro dengan WARISAN,” katanya ketika sidang media khas, di sini, hari ini.

Semalam, Bung Moktar membayangkan UMNO negeri akan mempertahankan 32 kerusi DUN yang mereka tandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk bersedia bertanding di 13 DUN baharu.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dilaporkan parti itu mahu bertanding di 45 kerusi DUN dalam PRN yang bakal ditentukan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak memetik BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");