Perak Hari Ini

‘Puas Hati Gerak Kerja Kempen Calon Bebas Yang Dibantu PH’

SLIM RIVER: Datuk Seri Marzuki Yahya berpuas hati dengan gerak kerja kempen calon Bebas Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyairi Mohamad yang memasuki hari keenam.

Beliau yang juga antara penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata turut berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang turut dibantu jentera dan ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Kempen hari ini juga kita disertai dengan kehadiran Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.

“Malah dua hari lalu, pemimpin daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) turut berkampung dua hari sehingga semalam. Begitu juga rakan-rakan dari DAP.

“Kesemua mereka banyak membantu gerak kerja kempen kita di kawasan. Justeru saya amat menghargai bantuan dan sokongan terhadap calon kita untuk menang di PRK ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi kempen calon Bebas PRK Slim, Amir Khusyairi di Balai Bomba Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Mereka turut beramah-mesra dan bertanya khabar kepada para anggota bomba di situ yang diketuai Ketua Balai Bomba Slim River, Mohd Fazrul Azuan Norman.

Dalam pada itu, Amir Khusyairi berkata beliau menerima reaksi positif daripada pengundi yang ditemuinya pada sepanjang tempoh berkempen.

“Kita sudah mula masuk ‘gear 3’ dan respons pengundi yang ditemui sangat positif. Malah mereka turut mengambil kesempatan untuk menyuarakan segala keperluan mereka di DUN Slim,” ujar beliau.

Antara isu yang disuarakan kepada beliau khususnya dari pengundi muda adalah berkenaan peningkatan taraf ekonomi setempat.

Katanya sekiranya dipilih mewakili DUN Slim, beliau akan membantu merancakkan ekonomi anak muda setempat seperti menerusi platform digital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");