Panasnya Hari Ini

Pulau Pinang Akan Kemuka Usul Keluarkan Adun Lompat Parti

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mengemukakan usul pada Oktober untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selepas mereka melompat ke parti lain.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, negeri itu mempunyai hak untuk mengisytiharkan kerusi Adun berkenaan kosong tanpa usul, namun memilih pendekatan lebih “demokratik”.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan yang mencabar Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap Adun di negeri itu melompat parti.

Takiyuddin berkata demikian pada Isnin sebagai respon terhadap gesaan pihak pembangkang untuk mewujudkan undang-undang Anti Lompat Parti memetik FMT.

“Oleh kerana Takiyuddin menggesa Pulau Pinang mengambil tindakan tegas bagi menghalang lompat parti, itu adalah cabaran yang perlu kita ambil dengan senang hati,” kata Chow dalam sidang media di Komtar hari ini.

Mengikut Perlembagaan Pulau Pinang, jika Adun berhenti menjadi ahli parti politik atas tiket yang dimenanginya pada pilihan raya, dia akan segera mengosongkan kerusi itu dan pilihan raya akan diadakan segera memilih Adun baru.

Berikutan penyusunan semula politik di peringkat Persekutuan, Adun Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (PPBM) dan Zolkifly Md Lazim (PPBM), Dr Afif Bahardin (bekas PKR, kini PPBM) dan Zulkifli Ibrahim (bekas PKR, kini PPBM) beralih kepada Perikatan Nasional (PN)

Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada DAP dan PKR, memiliki 33 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pembangkang mempunyai 4 ahli PPBM, 2 ahli Umno dan seorang ahli PAS.

Chow berkata, walaupun ada undang-undang yang menganggap pemecatan Adun Pulau Pinang sebagai tidak berperlembagaan, sudah tiba masanya mahkamah menelitinya semula.

“Hakikatnya, Adun ini tidak mengosongkan kerusi mereka; mereka telah melakukan 1 tindakan yang tidak berperlembagaan,” katanya.

Katanya, tindakan mereka sama seperti mengkhianati kepercayaan orang ramai, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH di peringkat Persekutuan.

“Anda bebas memilih parti yang anda suka, tetapi jangan ambil kerusi anda bersama. Itu adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan pengundi. Anda tidak ada kebebasan untuk memilih parti baru selepas anda dilantik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chow berkata projek asrama bagi pekerja asing di Juru, yang diberikan oleh Penang Development Corporation, dibatalkan selepas mendapat bantahan orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");