Perak Hari Ini

Punca Anggota PGA Tembak Diri Sendiri Masih Dikenalpasti

TAPAH- Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian dua anggota batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menembak diri sendiri.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)(PGA), Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam pentadbiran yang melibatkan kemalangan seperti itu.

“Dalam siasatan kita, dalam pentadbiran tiada isu-isu yang berkaitan hingga berlakunya kejadian begini.

“Jika ada isu lain sekalipun kita ada cawangan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan kaunseling bridged bagi membantu untuk memberi nasihat dan bimbingan sewajarnya,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Batalion 3 (Senoi Praaq) PGA, di sini, hari ini.


Terdahulu, seorang anggota PGA maut dipercayai menembak diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senjata api jenis M4 pada jam 9.25 malam di Berek Polis Pantai Remis pada 19 Julai.

Mangsa bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Sri Manjung sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam.

Dalam kejadian berasingan, seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong pada 7 Ogos lalu.

Dalam kejadian pada 5.10 pagi itu, Muhammad Aslam Ahmad, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");