Perak Hari Ini

Puntum, Teja dan Bayu Nama Anak ‘Harimau Malaya’ di Zoo Taiping

TAIPING- Tiga anak harimau Malaya yang dilahirkan di Zoo Taiping and Night Safari (ZTNS) pada pada 12 April lalu telah secara rasmi dinamakan sebagai Puntum, Teja dan Bayu.

Ketiga-tiga nama tersebut diumumkan oleh Pelakon yang giat dalam memastikan usaha untuk menyelamatkan alam sekitar termasuk haiwan dari diancam iaitu Maya Karin semasa Sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah Peringkat Kebangsaan 2020, Zoo Taiping di sini, hari ini.

Ketiga-tiga anak harimau berkenaan terdiri dari seekor jantan dan dua ekor betina.

Turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bagi merasmikan sambutan pada hari ini.

ZTNS melalui Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah mengadakan pertandingan menamakan ketiga-tiga anak harimau tersebut bersempena dengan Sambutan Hari Harimau Sedunia @ Global Tiger Day pada 29 Julai lalu dengan menerima 5,827 penyertaan.

Nama-nama tersebut dipilih dari nama tokoh kehebatan kepahlawanan Melayu.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir, berkata anak harimau tersebut dilahirkan dengan anggaran berat 700 hingga 900 gram setiap seekor oleh induk yang turut dilahirkan di zoo berkenaan pada 2009.

Katanya, ZTNS kini mempunyai lapan ekor Harimau Malaya termasuk anak yang baru dilahirkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");