Perak Hari Ini

Rakyat Diseru Wujudkan Kebun Komuniti Di Kawasan Setempat

IPOH: Rakyat di negeri ini diseru untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam seperti dengan mengadakan kebun komuniti di tempat masing-masing.

Malah, Isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi mengesyorkan agar kawasan dan tanah terbiar khususnya di kawasan bandar dapat dibangunkan sebagai kebun komuniti.

“Seperti mana sebelum ini Menteri Besar telah melancarkan program Bumi Hijau yang bertujuan mengelakkan daripada rakyat terputus bekalan makanan. Namun begitu, terdapat banyak kawasan kosong yang terbiar khususnya dalam bandar.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1598429015143″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Justeru diharap agar usaha kebun komuniti ini dapat dijadikan penggerak atau katalis bagi memastikan semua pihak dapat menyahut cabaran Bumi Hijau ini,” katanya.

Tambah beliau, antara tanaman yang digalakkan untuk ditanam adalah seperti cili, terung, bendi, jagung serta nanas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Pelancaran Kebun Komuniti Merdeka di Rumah Sri Kenangan Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Mengulas tentang program, Nomee berkata kebun komuniti tersebut adalah cetusan idea Ahli Majlis Bandaraya Ipoh merangkap Pengerusi Persatuan Rakan Prihatin Kinta, Dr Richard Ng.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1598428957063″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Ujar beliau idea tersebut timbul apabila negara mula dilanda wabak COVID-19 yang secara tidak langsung menjejaskan bekalan makanan kepada rakyat.

“Aktiviti bercucuk tanam di kebun komuniti ini secara tidak langsung dapat menggalakkan rakyat untuk aktif melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap usaha ‘3R’ iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle‘ atau ‘Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula’,” jelas beliau.

Tambahnya lagi melalui aktiviti kebun komuniti ia juga mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Datuk Rafek Reshidullah dalam ucapannya menyambut baik usaha mewujudkan kebun komuniti di situ.

Katanya aktiviti bercucuk tanam mampu mengisi masa lapang selain menjadi terapi kepada penghuni di Rumah Seri Kenangan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");