Perak Hari Ini

Rakyat Lebih Tertarik Dengan Kepimpinan Muhyiddin- Ahmad Faizal

IPOH- Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan rakyat semakin tertarik dengan gaya kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaubagaimanpun katanya, beliau berasa amat janggal apabila ramai dalam kalangan ahli Bersatu meninggalkan parti berkenaan dengan tujuan meneruskan perjuangan menentang kleptokrasi dan rasuah.

“Agak pelik bagi mereka yang meninggalkan parti kononnya di atas nama meneruskan perjuangan menentang kleptokrasi dan rasuah.

“Saya sentiasa menyanjungi dan berterima kasih kepada setiap bekas ahli Bersatu di atas segala kebaikan dan pengorbanan yang pernah dicurahkan kepada parti ini namun saya mengharapkan agar jangan kita terlalu berpolitik hingga merosakkan silaturrahim.

“Saya ingin menegaskan yang kekuatan Bersatu masih utuh dan sama sekali tidak terkesan dengan sebarang cubaan untuk menggugat kestabilan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, walaupun pada ketika Bersatu mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat, beliau tetap menghormati keputusan mereka yang keluar daripada parti.

“Bersatu juga sedang dalam proses pemilihan parti dan ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkuatkan parti.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Muhyiddin untuk terus menerajui Bersatu dan meneruskan agenda parti di atas semangat Bersatu, Beramanah dan Bermaruah,” katanya.

Terdahulu Ahmad Faizal berkata, penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menggugat perjuangan parti berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");