Berita Hari Ini

Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia di Lubnan dilaporkan selamat, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dalam laporan awalnya.

Kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia, berlaku kebakaran diikuti letupan dahsyat di sebuah gudang di pelabuhan di ibu negara Lubnan, Beirut.

Letupan itu mencetuskan kemusnahan di seluruh bandar dan menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 orang cedera.

Hishammuddin berkata pihak kedutaan juga menasihati rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu agar kekal berada di dalam rumah lapor Bernama.

“Malaysia berkongsi kesedihan dan ingatan serta doa kami mengiringi insan-insan kuat di Lubnan. Kami bersedia untuk memberi sokongan dalam apa juga cara yang mungkin,” katanya dalam ciapan terbaru di akaun Twitternya.

Malaysia sebahagian daripada Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) bagi tugas menjaga keamanan di selatan Lubnan dan dikhuatiri sebilangan anggota pasukan mungkin berada di Beirut ketika letupan itu berlaku.

Tiada laporan setakat ini sama ada terdapat kapal Malaysia atau kapal yang mempunyai kru Malaysia di pelabuhan itu semasa kejadian.

Presiden Lubnan Michel Aoun dilaporkan mengisytihar tempoh berkabung selama 3 hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");