Berita Hari Ini

Rakyat Wuhan seronok berpesta air, tiada penjarakan fizikal, SOP semua ‘langgar’!

Ketika satu dunia sedang bergelut dan “berperang” dengan wabak Covid-19, masih ada yang tidak patuh SOP sebagai usaha memutuskan rantaian penyebaran wabak itu.

Inilah yang berlaku di Wuhan, China apabila ratusan pengunjung dirakam bersuka-ria dalam satu pesta taman tema air membuatkan netizen marah selepas tular gambar itu.

Menurut laporan New York Post, aktiviti itu dipercayai berlangsung di Wuhan Maya Beach Water Park pada hujung minggu lalu.

Dalam video yang tular, kelihatan orang ramai bermain air dan ada yang bersantai di atas pelampung sambil menonton persembahan.

Pengunjung juga dilihat tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Wuhan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila menjadi pusat penularan wabak Covid-19 yang dipercayai berpunca daripada pasar makanan eksotik tempatan.

Bandar yang mempunyai sekitar 11 juta penduduk itu dilaporkan mencatatkan lebih 3,000 kematian sebelum ini.

Namun perkara itu seolah-olah tidak diambil sebagai iktibar dan pengajaran, malah seronok berparti seolah-olah tiada apa yang berlaku ketika ini.

Menurut laporan Worldometer, negara itu kini mempunyai 595 kes aktif dengan kadar sembuh 95%.

Sebanyak 4,634 kematian dicatatkan di negara itu sehingga kini.

Sebaliknya di beberapa negara lain di seluruh dunia, Covid-19 telah membunuh ratusan ribu nyawa.

Sehingga kini, kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia mencecah lebih 773,000 kes dengan 21.8 juta jangkitan di seluruh dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");