Perak Hari Ini

Ramai Pengundi Muda Tak Turun Mengundi Kata Mukhriz

TANJONG MALIM- Blok Bebas di bawah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpendapat bahawa ramai pengundi muda tidak turun mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim kali ini.

Presidennya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata berdasarkan jangkaan awal pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan masih ada hampir-hampir 1/3 daripada pengundi yang tidak keluar mengundi.

Katanya, perkara ini berbeza dengan kenyatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Barisan Nasional (BN) yang mana kononya undi muda berpihak kepada mereka.

“Anggaran kami lebih daripada 7,300 orang yang tidak keluar mengundi, ini tentunya ada sebabnya dan daripada jumlah itu yang agak menariknya, dianggarkan bahawa jumlah pengundi-pengundi muda saluran 4 hingga 9 biasanya lebih kurang 45 hingga 48 peratus tetapi 35 peratus terdiri daripada pengundi muda tidak turun pada kali ini.

“Ini berbeza dengan kenyatan yang telah dikeluarkan oleh pihak lawan yang menyatakan kononya undi-undi muda menyokong pihak mereka. Daripada tinjauan dan semakan kami, ramai daripada pengundi-pengundi muda ini tidak turun untuk mengundi,” katanya ketika ditemui media semalam.

Bagaimanapun katanya, pihak Pejuang tetap menerima baik keputusan PRK DUN Slim pada kali yang tidak memihak kepada mereka dan menyatakan mereka lebih bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

“Kami rasa puas hati bahawa calon kita bergerak sebagai satu jentera untuk mengahadapi Barisan Nasional (BN) walaupun melalui calon bebas dengan jentera yang begitu mantap terus. Saya ingat agak luar biasa berbanding dengan calon Bebas yang bertanding di mana-mana PRK.

“Jadi kami menerima baik keputusan PRK DUN Slim ini, pada waktu yang sama kami ingin menyatakan kami lebih bersedia menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Sementara itu calonnya, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang PRK Slim ini.

Beliau bagaimana dilihat tidak hadir semasa keputusan diumumkan oleh Pengurus PRK DUN Slim, Shamsul Ridzuan Idris, pada jam 9.00 malam di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");