Perak Hari Ini

Rela Perlu Tunjuk Taat Setia Kepada Kerajaan

TANJONG MALIM- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) disaran menunjukkan kesetiaan dan memberi sekongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kerajaan tidak pernah lupa kepada jasa-jasa dan sumbangan bakti yang telah dicurahkan oleh anggota Rela, malahan kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan pegawai dan anggota Rela.

“Sebagai anggota Rela yang taat setia seperti yang diikrarkan, marilah kita menunjukkan kesetiaan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam meneruskan pentadbirannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Anggota Rela Daerah Muallim di Dewan Semai Bakti, Felda Besout 2, di sini, hari ini.

Sebagai acara simbolik beliau juga menyerahkan pakaian Pakaian Operasi Digital (POD) kepada anggota RELA, Sijil Penghargaan Petugas Barisan Hadapan (Frontliners) dan Kawalan Kehormatan Pasukan RELA (KKPR).

Beliau juga menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada anggota rela yang sakit dan memerlukan sumbangan lain melalui sumbangan Bakti RELA kepada anggota-anggota yang kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, beliau dalam ucapan turut meminta supaya anggota Rela yang berada di Daerah Muallim untuk turun mengundi.

“Yang kita nak tunjuk hari ini kepada calon kita bahawa seramai 7,226 anggota Rela yang berdaftar dibawah DUN Slim ini wajib keluar mengundi dan keluar mengundi calon nombor dua kita (Barisan Nasional),” katanya.

Menurut beliau, jumlah anggota RELA di Daerah Muallim pula adalah seramai 19,420 anggota yang mana seramai 7,226 anggota RELA itu adalah berdaftar di bawah DUN Slim iaitu bersamaan dengan 30.91 peratus daripada pengundi keseluruhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");