Membawang Hari Ini

Rizalman Sebak Permohonan Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan

Umum mengetahui awal Ogos lalu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran untuk golongan dewasa untuk belajar mengaji.

Berkongsikan perkembangan terbaru mengenai perkara itu, Rizalman memaklumkan kepada para pengikutnya berita gembira apabila permohonan untuk menubuhkan yayasan tersebut telah pun diluluskan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rizalman meluahkan rasa syukur dan sebak apabila niat baiknya itu dipermudahkan oleh Allah. Rizalman turut memuat naik surat kelulusan untuk pusat pengajian miliknya itu yang diberi nama Yayasan RI.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan segala usaha Rizalman dalam melakukan kebaikan akan diberkati dan dpermudahkan.

Dalam perkongsian sebelum ini, Rizalman mahu sama-sama membantu mereka yang ingin belajar dan memperbetulkan bacaan Al-Quran dan sedang mencari tempat, tenaga pengajar dan lokasi pertama adalah di Johor Bahru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");