Perak Hari Ini, Berita Hari Ini

Sabah Dijangka Tumpuan Utama Hari Ini

KOTA KINABALU – Sabah dijangka menjadi tumpuan hari ini mengenai penentuan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sama ada keputusan Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu boleh diadili.

Kosmo Online melaporkan Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim Shim pada 17 Ogos lalu menetapkan 21 Ogos (hari ini) bagi membuat keputusan selepas isu terbabit dibawa ke mahkamah pada 7 Ogos oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam kepada bekas Ketua Menteri Sabah yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN yang lain.

Tun Juhar dinamakan sebagai responden pertama, Mohd. Shafie sebagai responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ketiga manakala kerajaan Sabah yang keempat.

Semua 33 ADUN berkenaan terdahulu mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pada 29 Julai lalu.

Dalam pada itu, tinjauan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu mendapati keadaan masih terkawal selain tiada kelihatan pengikut mana-mana pihak setakat pukul 8 pagi.

Pihak polis juga sudah mula memperketatkan kawalan keselamatan di pintu utama mahkamah seawal pukul 7 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");