Perak Hari Ini

Sasar 2,000 Orang Asli Sertai Program TVET

TAPAH: Kerajaan menyasarkan 2,000 penyertaan daripada masyarakat Orang Asli seluruh negara bagi tempoh tahun ini sehingga 2021 bagi menyertai Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata menerusi program ‘Go TVET Orang Asli’, setakat ini seramai 46 belia Orang Asli telah melanjutkan pelajaran di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Ipoh.

Katanya latihan yang bermula sejak Januari tahun ini itu akan berlangsung selama lebih 20 bulan bagi melengkapkan para peserta dengan bidang kemahiran dan kursus masing-masing.

“Dengan adanya program latihan seperti ini, kita berupaya untuk menggantikan tenaga asing dengan tenaga tempatan dalam pasaran kerja negara.

“Sebahagian besar majikan tidak bersedia untuk bertindak sedemikian. Justeru Orang Asli perlu mempromosikan dan membuktikan diri mereka mampu untuk perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Go TVET Orang Asli di Dewan Merdeka Tapah, di sini, hari ini.

Difahamkan 46 beliau itu kebanyakkannya terdiri daripada warga Cameron Highlands di Pahang serta sebahagian kecilnya dari Kuala Kangsar.

Untuk rekod, antara kursus yang ditawarkan adalah teknologi seramik, teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara serta teknologi kimpalan dan teknologi elektrik.

Dalam pada itu, Saravanan berkata seramai 10 belia Orang Asli daripada suku Semai, Semelai dan Kuala telah dilantik sebagai Koordinator Lapangan atau Ground Coordinator (GC).

Jelas beliau, mereka akan ditugaskan bagi mempertingkatkan usaha promosi bagi menarik minat masyarakat Orang Asli di seluruh negara terhadap progam TVET.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah mengumumkan akan mewujudkan perpustakaan di empat kampung Orang Asli terpilih di sekitar daerah ini.

Katanya ia merupakan usaha bagi merancakkan lagi amalan membaca dalam kalangan anak-anak Orang Asli khususnya di Tapah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");