Perak Hari Ini

Saya Tak Terkesan Dengan Kenyataan Najib – Amir Khusyairi

SLIM RIVER: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tidak terkesan dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan beliau sebagai pengundi luar.

Sebaliknya kata beliau individu yang mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat adalah faktor penting dalam pemilihan seorang wakil rakyat.

“Apa yang paling penting ialah wakil rakyat itu mestilah seseoranh yang boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Soal saya datang dari mana itu lain. Yang utama saya anak jati Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini dalam Perak.

“Saya percaya saya perlu bangunkan Negeri Perak,” katanya ketika ditemui pada program Ramah Mesra ‘Culaan’ dan Ziarah di FELDA Gunung Besout 1, di sini, hari ini.

Semalam, Najib ketika berucap dalam Ceramah Perdana ‘Bossku’ membangkitkan isu anak tempatan terhadap Amir Khusyairi.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu menyifatkan calon tempatan adalah lebih baik berbanding calon luar dalam saingan di PRK Slim ini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");