Perak Hari Ini

Sebutan Semua Kes Suami Youtuber Pada 8 September

IPOH- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 8 September ini bagi sebutan semula dua kes melibatkan suami Youtuber masakan terkenal, M. Sugu, 28 iaitu kesalahan memiliki senjata berbahaya dan mencederakan isterinya, S.Pavithra, 28.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan sedang menunggu Pavitra menyerahkan surat rasmi penarikan semula laporan polis berkaitan kesalahan mencederakan wanita berkenaan.

Pavitra dilaporkan telah menarik semula laporan polis yang dibuat keatas suaminya itu pada 22 Julai yang lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, S. Sundarajen.

Tertuduh dilihat hadir ke mahkamah dengan berbaju kemeja berwarna biru dengan wajah yang ceria, manakala isterinya hanya dilihat menunggu di luar kawasan mahkamah.

Terdahulu media melaporkan, Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 26 inci bertulis ‘Tiger’ di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi kesalahan kedua, dia juga telah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan Pavithra dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Dia telah dikenakan tahanan reman tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Julai lalu oleh mahkamah.

Sugu bagaimanapun mengaku tidak bersalah semasa perbicaan dijalankan pada 24 Julai lalu.

Pasangan berkenaan didakwa bertengkar di parkir HRPB ekoran mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Pada hari yang sama, pejabat pengawal keselamatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang jururawat yang mendakwa ada melilhat seorang lelaki mabuk membawa sabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");