Berita Hari Ini

SPR jangka pengundian PRK Slim lebih lancar

Proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini dijangka lebih lancar dan cepat selepas penambahbaikan telah dilaksanakan berdasarkan pengalaman PRK DUN Chini, 4 Julai lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata pengundi tidak perlu menggunakan sarung tangan tetapi hanya perlu mencelup jari ke dalam dakwat berbanding dicalit sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya mengutamakan penggunaan sanitasi tangan untuk pengundi bagi mengelak penularan COVID-19.

“Jadi ini kita harap akan mempercepatkan lagi proses sebab ketika PRK DUN Chini, kita dapati proses pengundian begitu perlahan kerana pengundi perlu sanitasi tangan, selepas itu jari mereka dicalit dan kemudian pakai sarung tangan dan lepas itu baru mengundi.

“Kini prosesnya seakan-akan tanpa COVID-19…kelancaran proses mengundi itu sendiri, jadi itu adalah satu penambahbaikan yang kita buat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan menjelang penamaan calon PRK DUN Slim esok di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, di Tanjung Malim hari ini.

Azmi berkata langkah penambahbaikan yang diambil itu akan mengurangkan kos pada hari pengundian.

Sementara itu, beliau berkata seramai 689 petugas SPR akan bertugas pada hari pengundian bagi membantu pengundi berbanding 400 ketika PRK DUN Chini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 12 borang pencalonan dijual setakat ini, tanpa menjelaskan pecahan pembeli borang berkenaan,

UMNO telah menamakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PKR itu.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu, akibat serangan jantung.

Ia dijadualkan pada 29 Ogos dengan 15 Ogos sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian awal pada 25 Ogos.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");