Berita Hari Ini

Syarikat e-hailing disaran tumpu pelanggan pusat hiburan, kekang isu pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menggalakkan syarikat perkhidmatan e-hailing agar melakukan promosi secara besar-besaran bagi menyediakan perkhidmatan mereka khsususnya kepada pelanggan di pusat hiburan.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, usaha itu merupakan salah satu alternatif bagi mengekang berlakunya insiden pemandu mabuk.

“Kita memang galakkan Grab rancakkan kempen guna perkhidmatan mereka. Kita akan guna kempen ini secara besar-besaran,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Wee Ka Siong turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan penggunaan alat pengukur kandungan alkohol bagi tujuan saringan.

Katanya, wujud kesedaran dalam kalangan pemilik premis pusat hiburan yang telah menggunakan alat tersebut dan apa yang menjadi keutamaan apabila mereka telah minum (alkohol) sememangnya tidak dibenarkan untuk memandu.

“Itu kita sudah syaratkan dalam kempen kita, supaya tidak kira siapa pun mereka, menasihatkan supaya patuh kepada Akta 333 (Akta Pengangkutan Jalan 1987),” katanya.

Setakat ini, pihaknya telah mengarahkan kesemua agensi utama termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menggiatkan lagi aktiviti dan program pendidikan berhubung kesedaran keselamatan jalan raya lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");