Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Ucap Selamat Kepada Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR: : Bekas Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengucapkan selamat berkhidmat kepada pimpinan sayap itu yang baharu bagi penggal 2019-2022.

Astro Awani melaporkan, Ahli Parlimen Muar itu dalam ciapan di Twitternya berkata beliau mengharapkan agar pimpinan baharu yang diterajui Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan cermat.

“Gunakan peluang yang ada untuk mengemudi Armada sebaik mungkin,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan telah mengumumkan senarai penuh pimpinan Armada baharu.

Turut diumumkan ialah Naib Ketua Armada yang merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Datuk Clarence Bongkos Malakun, iaitu Caesar Mandela Malakun.

Syed Saddiq, merupakan antara lima ahli Bersatu yang digugurkan pada 28 Mei lepas, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya, pengguguran ahli mereka adalah selaras dengan Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu kerana tidak duduk dengan blok kerajaan di dalam Dewan Rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");