Perak Hari Ini

Temui Pengundi Dari Rumah Ke Rumah Strategi Calon Bebas

TANJONG MALIM- Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mengambil pendekatan untuk menemui para pengundi dari rumah ke rumah.

Katanya, strategi bersasar itu digunakan sebagai tumpuan untuk beliau memperkenalkan diri kepada penduduk setempat.

“Strategi kami fokus pada yang bersasar terutamanya untuk peneroka di felda tak kira Trolak Utara atau Selatan bahkan Besout.

“Keunikan mereka di sini satu rumah tu boleh kadang-kadang sampai 26 orang pengundi dan bila kami ke rumah tu kita kenalkan diri kita.

“Memang keunikan itu InshaAllah dapat menambat hati mereka bila kami datang ziarah memperkenalkan diri sebagai calon dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Felda Besout 2, di sini, hari ini.

Ujar beliau, tempoh berkempen yang menjelang hari kelapan ini semakin meningkatkan keyakinan beliau

“Badan memang letih tapi keyakinan saya tak pernah hilang InshaAllah sebab saya masih yakin bahawa kami akan melakukan kejutan.

“Momentum semakin naik. Semakin hari semakin naik dan kita sedang dalam fasa pecutan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");