Berita Hari Ini

Tiada Data Kajian Mengenai Penemuan Vaksin Covid-19, Kata KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan pihaknya belum menerima data kajian mengenai penemuan vaksin baharu untuk merawat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mempunyai pelbagai persoalan namun tiada sebarang penjelasan lanjut mengenainya.

“Sama ada vaksin ini berkesan atau sebaliknya. Adakah ia kekal (merawat Covid-19) atau perlu laksanakan ‘booster’.

“Kita tunggu kajian, baru boleh tahu sama ada vaksin ini berkesan atau tidak. Tetapi kita belum melihat sebarang penerbitan berhubung kajian itu (penghasilan vaksin),” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, masih belum ada sebarang kajian saintifik menunjukkan keberkesanan vaksin itu.

Katanya, penting untuk mengkaji keberkesanaannya terutama jika ia mempunyai kesan sampingan lapor FMT.

Ini berikutan laporan bahawa Russia meluluskan vaksin Covid-19 dinamalan “Sputnik V” untuk pasaran luar.

Reuters melaporkan Russia menerima permintaan sebanyak 1 bilion dos dari lebih 20 negara untuk vaksin yang baru didaftarkannya, sejak ia diluluskan 2 hari lalu.

Presiden Vladimir Putin mengumumkan kelulusan vaksin itu seelpas menjalani ujian kurang dari 2 bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");