Perak Hari Ini

Tiada Keperluan Kurangkan Denda Ingkar Pakai Pelitup Muka

TANJONG MALIM- Tiada keperluan untuk menurunkan jumlah denda RM1,000 bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, bagi kesalahan berkenaan, nilai yang dikenakan terhadap mana-mana individu tidak akan dikira di dalam mahkamah tetapi pihak ianya keputusan kerajaan untuk meletakkan satu nilai.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga boleh beri pengurangan jika ada individu yang dihadapkan ke mahkamah membuat permohonan dan rayuan supaya nilai berkenaan dikurangkan.

“Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku, tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat, kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.

“Kalau setiap denda tak kira di dalam mahkamah dan sebagainya, dia cuma meletakan maksimum, denda maksimum, mereka boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan,” katanya kepada media hari ini semasa mengadakan lawatan di sini, hari ini.

Katanya, dalam mahkamah hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman, begitu juga dengan kompaun bernilai RM1,000

“Kita kenakan RM1,000 tapi mereka boleh merayu, kalau dikurangkan maka kementerian kesihatan yang mengeluarkan kompaun boleh memberikan pengurangan,” katanya.

Menurut beliau lagi, pihak polis juga sebelum ini sudah memberikan pengurangan kadar kompaun jika bayaran dibuat awal bagaimanapun ianya dilakukan dengan budi bicara.

“Kalau dulu PDRM dah banyak kali beri pengurangan kompaun kalau bayar cepat suatu ketika dulu walaupun kompaun dah ditetapkan tapi pengurang masih boleh dilakukan dengan budi bicara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");