Perak Hari Ini

Tuntutan RM10 Juta Dari PKR: Kami Bersedia Dengan Peguam – Haniza

IPOH: 20 wakil rakyat bekas ahli PKR bersedia menghadapi tindakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta setiap seorang oleh parti tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya di Selangor Haniza Mohamed Talha berkata bagaimanapun setakat ini tiada sebarang surat tuntutan tersebut yang diterima mereka.

“Setakat ini saya belum dapat tahu lagi sesiapa antara 20 individu itu ada menerima surat saman tersebut.

“Kita akan teliti apakah saman yang akan dikenakan. Kita juga telah bersedia dengan peguam-peguam kita untuk mengambil kes atau tindakan selanjutnya,” katanya.

Selain itu, ujarnya beliau tidak bimbang dengan tuntutan tersebut selain menjelaskan perkara itu bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

Kata Bekas Exco Kerajaan Selangor serta Ketua Wanita PKR itu di bawah peruntukan tersebut, rakyat di negara ini bebas untuk menganggotai mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Tambahnya lagi walaupun ada peruntukan itu sama ada di peringkat parti atau negeri, ianya jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya bukanya keluar atau meninggalkan PKR sebaliknya saya di pecat. Saya tidak melompat ke mana-mana parti lain namun saya tetap dipecat.

“Jadi, tanggungjawab sebenar hal ini terletak di atas bahu parti itu. Jika mereka menuduh saya menganggotai mana-mana parti lain, itu tidak benar kerana saya adalah ADUN Bebas,” jelas beliau.

Dalam pada itu Haniza berkata tuntutan itu telah ditandatangani secara paksa atau tanpa kerelaan oleh mana-mana calon PKR yang mahu bertanding dalam Pilihanraya.

“Perkara itu dibuat secara paksa dan tiada pilihan lain yang mana untuk bertanding dalam Pilihanraya, calon harus menandatangani tuntutan itu terlebih dahulu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Perak bersama Nation of Women (NOW) di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada semua 20 ahli Parlimen dan ADUN PKR yang keluar parti, menuntut setiap mereka membayar RM10 juta kepada parti.

Antara nama yang tersenarai ialah bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");