Panasnya Hari Ini

Wakil Armada Kena ‘Boo’ Dengan Pemuda BN

SLIM RIVER – Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak dikejutkan dengan insiden wakil Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di ‘boo’ ketika mereka berada di atas pentas.

Insiden yang berlaku dua kali jelas menyaksikan ahli-ahli Pemuda BN yang hadir seolah-olah tidak berpuas hati dengan sayap Bersatu itu.

Ia bermula apabila Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sedang memperkenalkan barisan wakil parti komponen seperti Pemuda MCA, MIC dan Pas sebelum menyebut nama Armada yang menerima sorakan ‘boo’.

Sorakan yang sama diterima wakil Armada itu apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama parti itu.

Salah seorang wakil Armada yang berada di atas pentas itu adalah Ketua Armada Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh.

Beliau yang ditemui selepas majlis itu berkata, parti tidak mengambil hati dan berlapang dada dengan insiden yang berlaku itu.

Jelas beliau, sebagai orang muda, beliau sedar dengan insiden yang berlaku.

Malah tegasnya, Armada komited dan berjanji akan membantu calon BN, Mohd. Zaidi Aziz tidak berbelah bahagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

“Ini semua ketentuan Allah SWT apabila sebelum ini Bersatu bertanding pada PRU14 menggunakan lambang PKR untuk menentang UMNO dan Pas.

“Namun kami yakin dapat undi majoriti yang lebih untuk diberikan kepada calon BN nanti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang diminta mengulas mengenai insiden itu berkata, dia mengambil sikap bersangka baik dengan apa yang berlaku. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");